Saturday, August 1, 2009

AntiPorn


Antara isu yang sering dikaitkan dengan Internet adalah pornografi. Tidak dinafikan, bahan lucah menjadi sebahagian daripada tarikan utama penggunaan Internet. Terdapat puluhan malah ratusan ribu laman web lucah komersial mahupun amatur di dalam Internet dan paling menakutkan, ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Sesetengah bijak pandai berpendapat, meningkatnya kadar jenayah seksual seperti rogol berpunca daripada kehadiran laman-laman sebegini. Adakah kita mahu membiarkan sahaja minda suci adik-adik dan anak-anak kita dicemari budaya kuning ini?


Menyedari bahaya pornografi Internet, pembangun perisian dan cendikiawan IT mula membina perisian untuk menghalang laman-laman ini daripada dimasuki mereka yang masih mentah. Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah. Namun ia belum mencukupi. Terdapat beribu laman web baru dan ada yang berselindung di sebalik nama yang agak ‘bersih'. URL sebegini biasanya akan terlepas pandang oleh perisian anti pornografi biasa.


Pornografi bukan sekadar memberi masalah kepada kanak-kanak, malah turut mendatangkan kesan buruk kepada produktiviti syarikat di mana kebanyakan pekerja mempunyak akses Internet. Menurut statistik standard Industri tahun 2000, 70 peratus trafik laman lucah berlaku antara jam sembilan pagi hingga lima petang. Menurut CBS Marketwatch pula, dua pertiga daripada syarikat-syarikat yang ada mempunyai masalah pekerja-pekerja menyalahgunakan Internet untuk melayari laman porno.

Perisian ini dianggap berjaya untuk menapis laman-laman tersebut.

Download link : http://rapidshare.com/files/227491852/Antiporn_V9.1.3.29.rar


No comments:

Post a Comment